Monday, March 2, 2009

KEMATIAN PAPA.

28.11.2008 merupakan hari yang paling akan aku ingati sehingga akhir hayat aku..aku masih ingat,arini adalah hari jumaat..sepanjang minggu nie,aku rase hati aku macam sunyi..sedih sekali..entah kenape,setiap pagi aku pergi unisel di awal pagi,aku lebih gemar bersendirian di surau dan berfikir kenape perasaan aku sedih..apakah aku akan mati??aku menangis keseorangan,bukan kerana aku takut menjumpai ALLAH,tp,aku sedih dengan segala dosa2 aku dan aku sedih apabila membayangkan mama,papa,abg.mir,abg yu,acik dan arif menatap tubuh kaku aku nanti..membayangkan mama menagis merupakan perkara paling sedih buat aku..

seperti biase,pukul 7,aku akan ke surau menunaikan fardu maghrib berjemaah kat surau..anset aku tinggalkan di bilik kerana agak leceh bawak anset..nak solat,tak nak orang kaco.."assalamualaikum warahmatullah,assalamualaikum warahmatullah"..tamat solat maghrib..

"ngantok yer"..jerit hati aku..
"tido jap ar kat surau,pastu bleh ar solat isya' sekali"..aku tertido di surau dalam keadaan duduk..terlalu mengantok..

tiba2...

"khairul,bangun.."
"bangun,khairul"..abg.ad mengejut aku dari tido..

aku terjage dengan sedikit mamai kemudian abg.ad ckp

"khairul,ayah dah meninggal"..
"ayah dah meninggal"..

aku,tergamam..aku nie mimpi ke??
papa baru call aku ari rabu lepas..aku baru ckp,aku baru dengar suara papa 48 jam yang lalu..aku baru peluk papa,aku baru cium tangan papa ari sabtu lepas..
aku tak percaya..aku tak percaya..

"khairul,pergi naik atas kemas baju,abg.ad nak antar balik terengganu"..ckp abg ad kat aku..
aku masih dlm terpinga2..aku naik atas..aku terjumpa yus ngan haris..

"nuar,ko dah tau ke belum??"..tanye yus..
"dah2.."..aku jawab ngan tenang,tp,hatiku masih tak percaye..

aku mandi..air mata masih belum mengalir..

"betul papa dah meninggal?"
"cmane papa meninggal"..

persoalan2 cmani datang kat kepala aku..aku benar2 bingung..aku turun ke surau utk solat isya' sume pandang aku..seusai solat,aku naik pergi umah abg.ad dan baca yassin..disaat itu,air mata aku mengalir laju..aku mengimbas kembali saat2 aku dan kuarga bersama papa..papa banyak mendidik aku..

aku masih ingat,papa pernah menghalau aku dari kereta kerana aku bermasam muka..

aku masih ingat papa pernah mengahalu aku dari kereta kerana aku tidak mahu ke sekolah..

aku masih ingat papa memarahi aku kerana aku banyak buat salah..

aku masih ingat bagaimana papa,memujuk aku..papa memberikan aku semangat membuatkan aku perbaiki diri aku..

aku masih ingat gurau senda papa dipagi hari,mengejut aku dan arif supaya bangun pagi..papa peluk aku dan arif dan mengeletek kami..

aku masih ingat,semasa aku kecil,papa mengosok gigi aku..
"bangun pagi,
"gosok gigi..."papa nyanyikan utk aku..

tp,sekarang,papa dah tiada...papa dah tiada...papa dah tiada utk memberikan aku semangat..siapa nak berikan aku dan kami sekeluarga semangat???? YA ALLAH...

1 comment:

  1. semoga ayah k.a ducucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin. insyaallah.

    ReplyDelete