Monday, March 2, 2009

KEMATIAN PAPA.

28.11.2008 merupakan hari yang paling akan aku ingati sehingga akhir hayat aku..aku masih ingat,arini adalah hari jumaat..sepanjang minggu nie,aku rase hati aku macam sunyi..sedih sekali..entah kenape,setiap pagi aku pergi unisel di awal pagi,aku lebih gemar bersendirian di surau dan berfikir kenape perasaan aku sedih..apakah aku akan mati??aku menangis keseorangan,bukan kerana aku takut menjumpai ALLAH,tp,aku sedih dengan segala dosa2 aku dan aku sedih apabila membayangkan mama,papa,abg.mir,abg yu,acik dan arif menatap tubuh kaku aku nanti..membayangkan mama menagis merupakan perkara paling sedih buat aku..

seperti biase,pukul 7,aku akan ke surau menunaikan fardu maghrib berjemaah kat surau..anset aku tinggalkan di bilik kerana agak leceh bawak anset..nak solat,tak nak orang kaco.."assalamualaikum warahmatullah,assalamualaikum warahmatullah"..tamat solat maghrib..

"ngantok yer"..jerit hati aku..
"tido jap ar kat surau,pastu bleh ar solat isya' sekali"..aku tertido di surau dalam keadaan duduk..terlalu mengantok..

tiba2...

"khairul,bangun.."
"bangun,khairul"..abg.ad mengejut aku dari tido..

aku terjage dengan sedikit mamai kemudian abg.ad ckp

"khairul,ayah dah meninggal"..
"ayah dah meninggal"..

aku,tergamam..aku nie mimpi ke??
papa baru call aku ari rabu lepas..aku baru ckp,aku baru dengar suara papa 48 jam yang lalu..aku baru peluk papa,aku baru cium tangan papa ari sabtu lepas..
aku tak percaya..aku tak percaya..

"khairul,pergi naik atas kemas baju,abg.ad nak antar balik terengganu"..ckp abg ad kat aku..
aku masih dlm terpinga2..aku naik atas..aku terjumpa yus ngan haris..

"nuar,ko dah tau ke belum??"..tanye yus..
"dah2.."..aku jawab ngan tenang,tp,hatiku masih tak percaye..

aku mandi..air mata masih belum mengalir..

"betul papa dah meninggal?"
"cmane papa meninggal"..

persoalan2 cmani datang kat kepala aku..aku benar2 bingung..aku turun ke surau utk solat isya' sume pandang aku..seusai solat,aku naik pergi umah abg.ad dan baca yassin..disaat itu,air mata aku mengalir laju..aku mengimbas kembali saat2 aku dan kuarga bersama papa..papa banyak mendidik aku..

aku masih ingat,papa pernah menghalau aku dari kereta kerana aku bermasam muka..

aku masih ingat papa pernah mengahalu aku dari kereta kerana aku tidak mahu ke sekolah..

aku masih ingat papa memarahi aku kerana aku banyak buat salah..

aku masih ingat bagaimana papa,memujuk aku..papa memberikan aku semangat membuatkan aku perbaiki diri aku..

aku masih ingat gurau senda papa dipagi hari,mengejut aku dan arif supaya bangun pagi..papa peluk aku dan arif dan mengeletek kami..

aku masih ingat,semasa aku kecil,papa mengosok gigi aku..
"bangun pagi,
"gosok gigi..."papa nyanyikan utk aku..

tp,sekarang,papa dah tiada...papa dah tiada...papa dah tiada utk memberikan aku semangat..siapa nak berikan aku dan kami sekeluarga semangat???? YA ALLAH...

POLITIK MALAYSIA.

Assalamualaikum..sudah lama aku tak memberikan pendapat aku tntang masalah politik sekarang..aku strongly agree yg anwar tak mampu menjadi pemimpin yg sesuai utk bawak m'sia..bkn setakat anwar,umno,bn pun tak layak jd pemimpin..main rasuah,politik wang dan sebagainya..negara kita sedang menunggu ALLAH mengurniakan kita seorang pemimpin yang akan memimpin negara kita berlandaskan islam..baru negara kita akan jadi negara yg maju dan berdaya saing..seperti baginda rasulullulah,baginda mentadbir negara berlandaskan al-quran dan para sahabat menggunakan al-quran dan sunnah baginda sebagai sumber premier utk mentadbir negara..kerajaan abassiyah,umayyah dan turki uthmaniyah kemudiannya menggunakan para ulama sebagai medium utama utk memberikan mereka nasihat..islam mensyariatkan umatnya utk mentadbir negara berlandaskan 3 perkara iaitu quran,sunnah dan ijtihad para ulama..tp,MELAYU nie berfikiran sempit,fikirkan jawatan,pangkat,harta,wang..pemimpin sekarang tak fikirkan rakyat..hanya segelintir yang benar2 amanah..aku sedih..apa dah jadi kat kita wahai bangsa melayu??nape kita bergaduh??nape kita berpecah belah??parti politik mcm umno,pas,pkr bergaduh antara satu sama lain juga menunjukkan kita,org melayu tak bersatu..orang melayu tak bersatu..banyak masalah berlaku kat negara kita..masalah politik,ekonomi dan sosial..adakah ini tanda2 ALLAH murka kepada kita?sedarlah bangsaku..cukuplah bergaduh..kembali kepada islam..kembali kepada ALLAH..kembali kepada BAGINDA RASULULLULAH..AKU MOHON YA ALLAH,ENGKAU SEDARKANLAH BANGSA KU INI YA ALLAH,BUKAKANLAH PEMIKIRAN KAMI,HATI KAMI UNTUK KEMBALI KEPADA MU YA ALLAH..SUCI DAN BERSIHKANALAH HATI KAMI YA ALLAH..AMIN..

Saturday, February 28, 2009

Perjuangan Rasulullah.

Assalamualaikum..kali ini ana ingin membicarakan tentang segala jasa perjuangan baginda..Dilahirkan pada 12 rabiulawal,bertempat di Makkah Al-Mukaramah,seorang bayi yang mulia disisi ALLAH telah dilahirkan.Justeru tertitislah darah yang cukup mulia dibumi Makkah.Kelahiran baginda disambut oleh seorang bidan yang bernama ADS SYIFA' ibu kepada Abdul Rahman Bin Auf.Kelahiran baginda cukup mulia sehinggakan Kaabah diselamatkan oleh Allah dengan menghantar burung ababil yang mendatangkan batu-batu panas khas dari neraka untuk pasukan tentera ABRAHAH..Rasululullah kami menCINTAI mu..Baginda dilahirkan tanpa kasih sayang seorang ayah,Abdullah Bin Abdul Mutallib..Ayah baginda merupakan anak kesayangan Abdul Mutallib..Namun,Allah mengambil kembali roh ayah baginda kerana ALLAH mahu mendidik baginda supaya bergantung kepada ALLAH..Maha suci ALLAH, "wayamkuru nawayam kurullah,wallah hu khairun makirin"..sungguh,ALLAH maha sebaik-baik perancang..Pasti segala apa ujian dan musibah yang diturunkan ALLAH kepada hambanya terkandung seribu hikmah yang tidak dapat kita fikirkan..apabila berlaku kematian,ALLAH mahu kita berfikir perihal kematian..daripada ALLAH kita dijadikan,kepada ALLAH jua kita dikembalikan.."fasubahanallazi biyadihi mallaku tukul li syai'in wailahi turjau'un" surah yassin:81..selain itu,apabila kita kehilangan orang yang tersayang seperti ayah,ibu dan sebagainya,ALLAH sebenarnya mahu kita kembali bergantung kepada-NYA..namun,kita menidakkannya..kita marah,kita melawan takdir qada' dan qadar yang ditetapkan ALLAH..kita mengatakan ALLAH tidak adil dan sebagainya..Namun,kita harus ingat nama 99 ALLAH,ALLAH ITU MAHA ADIL..kita berfikiran sempit..setiap manusia akan mati,namun kita harus ingat bahawa kehidupan didunia tyidak kekal..namun kehidupan di akhirat adalah SELAMA-LAMANYA..KEKAL DAN ABADI..sedarlah,kita hanya berpisah buat sementara waktu..Kita wajib membuat persediaan untuk dijadikan bekaln di alam sana..Didunia,sepandai mane pun orang itu,namun jika tiada kalimah "la illah ha illallah" dia langsung tidak dipandang mulia oleh ALLAH..sebanyak mana pun amal kebajikan,sebaik mana pun die,namun jika tiada IMAN,TAUHID DAN TAQWA kepada ALLAH,dia langsung tidak dipandang oleh ALLAH..malah ALLAH telah menjanjikan neraka jahanam untuk orang-orang kafir ini..ALLAH telah menjanjikan dalam surah al-waqiah,"wakuntum azwajan salasah,ashabul maimana tima asha bul mas'amah,wa asahabul mashamatima ashabul masha'amah.." maka kita akan dibahagikan kepada tiga golongan,yaitu golongan kanan,maka bertuahlah mereka di golongan itu..golongan kiri,maka rugilah orang itu..dan golongan tengah,iatu golongan yang akan mendahalui golongan2 yang lain untuk masuk ke syurga..Allah juga telah berfirman,bahawa manusia pada zaman dahulu banyak terdapat di golongan kanan dan tengah dan segelintir di golongan kiri..namun,manusia pada zaman kini,banyak terdapat di golongan kiri,dan segelintir di golongan kanan dan tengah..adakah kita mahu memasuki neraka yang amat dahsyat itu yang mane panasnya itu jika dibandingkan dengan matahari adalah sebanyak 70 kali ganda..dalam surah al-waqiah juga,ALLAH telah menceritakan bagaimana keadaan di syurga dan di neraka..perbezaan yang cukup ketara..maka,beriman,bertaqwalah kita kepada ALLAH..Setiap kali kita ditimpa musibah,kita harus beristighfar dan ingat kembali kepada baginda RASULULLULAH..walaupun baginda adalah semulia-mulia manusia dan amat dicintai ALLAH,namun ALLAH tetap menurunkan pelbagai halangan dan musibah kepada baginda..Sehinggakan baginda hampir-hampir sahaja membunuh diri kerana terlalu tertekan akibat wahyu yang tidak turun kepada baginda kerana baginda menyangka kan ALLAH murka terhadapnya disamping ditentang oleh orang kafir quraisy laknatullah yang diketuai oleh ABU JAHAL,yang mana orang yang sudah pasti masuk ke neraka..Baginda amat mencintai kita..terlalu mencintai kita..Bgaimana,pada suatu ketika,baginda ingin ke masjid untuk solat subuh,namun abu jahal mngarahkan isterinya supaya meletakkan duri di jalan yang dilalui oleh baginda,sehingga menyebabkan kaki baginda berdarah..maka turunlah jibril menawarkan diri untuk menghancurkan kaum tersebut dengan menggunakan bukit,namun baginda berkata" jangan jibril..sesungguhnya mereka tidak tahu tentang agama islam..aku sentiasa mendoakan mereka supaya melahirkan keturunan yang beriman.."baginda tetap bersabar..semakin dicaci baginda,semakin bersabar baginda..semakin dimarahi baginda,semakin sabar baginda..amat mulia wahai RASULULLULAH..ana uhibbuka fillah ya rasulullulah..aku mencintaimu rasulullulah..engkau akan sentiasa hidup dihati ku ya RASULULLULAH..Allah telah berfirman,bahawa orang yang bertaqwa adalah orang yang membenarkan apa yang dibawa oleh baginda..'wallazi ja abisidqi wassaddaqabih,ula ikahumul muttaqi'un..' maka orang yang membawa kebenaran dan orang yang membenarkannya adalah orang yang bertaqwa..baginda akan terus hidup selagi mana kita inginkannya apabila kita melaksanakan segala sunnahnya,perlakuannya serta membenarkan segala apa yang dibawa oleh baginda..ingatlah,kebangkitan baginda menandakan tutupnya pintu2 syurga dan ia hanya dibuka luas untuk 3 golongan yakni orang yang beragama islam,orang yang meneruskan dakwah baginda dan orang yang meneruskan prinsip baginda..marilah kita amalkan amar ma'ruf nahi mungkar dengan menjadikan baginda sebagai idola kita..baginda bersabda"ballagu ana,walau ayat" sampaikan ajaranku walau satu ayat..jika kita ingin menegakkan kebenaran,ingat jangan takut ALLAH BERSAMA KITA.."INNALLAH HA MA'ANA"..tegurlah rakan2 kita jika mereka membuat perkara yang mungkin mendatangkan kemurkaan ALLAH seperti berCOUPLE,berZINA,tidak SOLAT dan sebagainya..wallahualam..ALLAHUAKBAR..

Wednesday, February 25, 2009

Assalamualaikum..

ana uhibbuka fillah ya rasulullulah..